Friday, July 10, 2009

Sekadar Insan Biasa

Saya cukup hormat pada insan yang sudah pun bergelar da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers sisters, atau apa saja gelaran baik yang diberikan pada golongan yang mengajak insan lain pada kesyumulan islam ini.

Tanggungjawab yang lahir atas dasar kesedaran dan berkat hidayah Allah SWT ini bukanlahh satu tanggungjwab yang mudah. Bukan sebarang insan boleh menanggungnya. Allah SWT sahaja yang tahu penat dan sakit yang perlu ditanggung dalam memikul beban dakwah ini. Bukan setakat penat, malah mungkin dicaci atau diumpat oleh sesetengah golongan manusia.

Saya hormat dan hargai jasa mereka.

Manusia normal.

Namun begitu, da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers atau sisters tetaplah manusia biasa. Punyai rasa sedih, gembira, rindu, sayang, cinta, marah dan kadang-kala pasti lahir rasa ujub atau riak.

Saya sekadar ingin menasihatkan, dalam kita sibuk mentarbiyah orang, jangan kita lupa mentarbiyah diri sendiri. Sentiasa semak semula amal kita setiap hari.

Bagaimana boleh merasa bangga atau riak hanya kerana kesedaran atau hidayah Allah SWT untuk menyedarkan orang lain hadir pada kita lebih awal dari insan lain?

Bagaimana boleh bercakap besar hanya kerana anda sudah menyertai ikhwah atau akhawat ke program-program yang Islamik di universiti atau kawasan masing-masing?

Dari mana lahirnya perasaan untuk memperlekehkan orang lain atau memulaukan orang hanya kerana mereka tidak mahu sertai program yang kita anjurkan?

Pernahkah anda wahai da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers atau sisters terfikir bahawa manusia mana yang tidak mahukan pada kebaikan?



Jaga dirimu

Saya hanya ingin menasihatkan supaya jangan sesekali pernah ada rasa bangga diri dan memperkecilkan orang lain. Sentiasalah beringat bahawa jika tidak kerana hidayah Allah SWT, pasti kita tidak berada pada di mana kita berada sekarang. Sibuk siang dan malam mengajak insan lain pada kebaikan.

Rendahkanlah diri mu dan sentiasalah beringatlah dari proses penciptaan manusia itu sendiri, Allah SWT ingin mengingatkan kita supaya sentiasa sedar siapa kita sebenarnya,

الَّذِى أَحْسَنَ كُلَّ شَىْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإِنْسَـنِ مِن طِينٍ - ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلاَلَةٍ مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ

"Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (mani)" (As-Sajdah: 7-8)

Sentiasalah betanya pada diri kita wahai Sang Murabbi, adakah kita pasti kita akan kekal berada di atas jalan ini sehingga ke akhir hayat? Anda pasti?