6.30 petang.
Tersenyum saya sendirian di dalam kereta kerana rekod baru sampai rumah telah tercipta.
Dengan keadaan jalan yang teruk dan ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang sesak dari Banting ke Shah Alam, menyebabkan saya selalu sampai rumah hampir pukul 7 malam dari tempat kerja, Toshiba Electronics Malaysia (TEM) Sdn. Bhd.
Peluang pulang awal hari itu membolehkan saya berehat melepaskan penat di rumah dan bersiap ke surau untuk solat berjemaah maghrib dan isyak.
Peningkatan
Keadaan di surau berhampiran rumah saya pada kali ini jauh berbeza dengan keadaan dahulu.
Semakin ramai yang datang untuk solat berjemaah bersama dan yang paling membanggakan, sebahagian penuh jemaah ialah anak muda yang seumur dengan saya.
Baguslah.
Pelik tapi benar
Selesai solat maghrib, saya pulang dahulu ke rumah untuk makan malam.
Saya kembali semula ke surau ketika hampir masuk waktu isyak. Sampai sahaja di surau, rupanya jemaah masih belum solat isyak kerana ada ceramah.
Saya juga turut duduk mendengar dari hujung dewan solat.
Ceramahnya berkenaan isu Gaza.
Awal ceramah sangat bagus kerana menceritakan keadaan umat Islam masa kini yang ditindas seluruh dunia. Bagaimana umat Islam perlu sedar bukan sahaja dari isu di Gaza tetapi di tempat lain dimana umat Islam ditindas.
Bersemangat saya mendengarnya.
Kemudian nada penceramaha tadi berubah. Tiba-tiba sahaja terkeluar kata-kata kesat dari mulut beliau menghentam orang dari parti politik lain ditengah-tengah dia sedang menyampaikan ceramah mengenai isu umat islam.
Dari bersemangat saya terus kecewa.
Saya kecewa kerana sebagai penceramah anda tidak seharusnya mengutuk orang lain dan mengeluarkan kata-kata kesat memaki orang lain dalam menyampaikan mesej-mesej islam.
Sudahlah anda membawa imej buruk pada islam dengan berserban dan berjubah.
Saya mungkin tidak mempunyai kelulusan dari Al-Azhar, cuma seorang pemuda yang sedang menuntut di New Zealand.
Saya mungkin seorang yang sekolahnya bukan sekolah agama atau sekolah pondok, cuma seorang yang hanya datang dari sebuah sekolah sekular yang dibina atas idea pendidikan Inggeris.
Saya mungkin tidak mempunyai kelulusan dalam bidang syariah atau agama, hanya seorang penuntut tahun ketiga mechanical engineering.
Tetapi dalam isu beradab dalam menyampaikan mesej yang baik pada orang ramai, saya rasa anda hanya perlu berfikir dengan logik akal. Tidak perlu kelulusan tinggi dalam agama dalam isu ini kerana ia adalah isu asas dalam akhlak orang islam.
Pelik saya lihat sesetengah parti politik di Malaysia yang sentiasa berhujah membawa mesej Islam tetapi dalam masa yang sama anda memaki hamun dan mencerca orang lain ketika sedang berceramah isu Palestin.
Jangan kerana aliran dan tujuan politik berbeza, maruah anda tergadai. Lebih-lebih lagi imej orang islam yang akan di pandang serong oleh orang lain.
Cuba anda bayangkan, kalau Rasulullah SAW ada dihadapan penceramah tadi, yang memaki hamun orang lain ketika sedang berceramah isu masalah umat islam, adakah baginda akan setuju dengan cara penceramah tadi?
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sekadar berkongsi a drop of wisdom:
"Preach your religion, if necessary do speak"
>>try to understand the phrase by reflecting
Inilah kemelut perjuangan politik di Malaysia, perjuangan tanpa manhaj yang jelas.
Bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana sahaja, konflik dalaman sesama Muslim sentiasa wujud. Memang dah terbukti demokrasi ini langsung tak membawa kejayaan. Lebih-lebih lagi apabila aspek asas terpenting dalam perjuangan politik iaitu tarbiyyah langsung tidak dihiraukan.
Wallahu'alam
melukakan... hakikatnya memang menyakitkan... kita mahu melihat Islam kembali menjulang tinggi, terpasak kuat asasnya dalam jiwa dan ruh pemuda-pemudanya. namun, peri seperti ini acap kali merosakkan benih yang disemai...
apa mungkin sang penceramah jadi 'naik syeikh' kerana melihat kehadiran jemaah muda yang banyak lalu tidak bisa mengawal semangatnya?
Post a Comment