Thursday, March 5, 2009

Ini Bukan Isu Bermusim



Sengaja saya letakkan lagu dan video klip di atas buat tatapan anda semua. Sebuah lagu yang sepatutnya mengingatkan dan menaikkan semangat diri anda sama ada anda seorang muslim ataupun manusia yang masih berperikemanusiaan.

Saya cuma ingin mengingatkan supaya anda tidak terikut dengan media massa yang hanya membuat liputan mengenai isu Palestin ini seperti mengikut musim.

Adakah isu ini hanya akan menjadi tajuk utama akhbar dan berita apabila hampir 1300 insan yang tidak berdosa syahid?

Adakah isu ini hanya menjadi perbualan hangat apabila masjid, rumah, dan universiti dibom dan dituduh menjadi tempat "pengganas" bersembunyi?

Apakah bantuan dan kutipan derma hanya akan disalurkan apabila tersiar gambar kanak-kanak yang tidak berdosa yang hanya tinggal kepala tertimbus dalam runtuhan bangunan di siar di muka hadapn akhbar?



Tidakkah anda tahu, ketika anda mula membeli semula produk yang membantu Israel, mereka masih lagi terus mengebom Gaza meskipun mereka katakan tiada lagi peperangan dan rundingan gencatan senjata akan dimulakan?

Tidakkah anda tahu ketika anda sudah mula tidak menghiraukan abang dan kakak kita di Palestin, lebih 50 keluarga berbangsa Arab Palestin ditekan oleh kerajaan haram Israel supaya keluar dari rumah mereka yang sah di Timur Baitulmaqdis?

Bagaimana kita org Islam boleh memandang isu ini bermusim sedangkan Zionis Israel itu tidak pernah "berhenti bekerja"?

1 comment:

Imran Razali said...

salam... umm mengapakah ada dua video yang sama dalam satu post?