Kelakar tapi benar.
Itulah yang berlaku hari ini selepas melihat gelagat rakan-rakan selepas mereka menonton perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi (di Malaysia mungkin malam). Bukan setakat gelagat rakan-rakan di depan mata malahan geli hati melihat perang status YM antara "peminat-peminat fanatik" bola sepak.
Melihatkan gelagat rakan-rakan teringat pula diri sendiri dari zaman persekolahan di Ipoh sehinggalah di zaman first year di Auckland. Sanggup bangun di awal pagi semata-mata menonton perlawanan bola sepak. Jikalau di Malaysia mungkin sudah ada rakan yang mengajak ke kedai mamak atau saya juga yang rajin mengajak.
Bila sudah sampai usia sebegini, terfikir saya, kenapa diri sanggup bangun malam semata-mata menghabiskan masa 2 jam di hadapan televisyen untuk menonton orang bermain bola sepak. Bila orang ajak ke program yang lebih mengisi rohani terasa seperti ada satu gravitational force yang memalaskan diri untuk turut serta. Itu adalah suatu yang sedih tapi benar bagi saya!
Kelakar tapi benar melihatkan gelagat rakan-rakan yang sanggup bergaduh sehingga tidak bertegur sapa untuk tempoh yang lama hanya kerana menyokong kelab bola sepak "kesayangan" mereka.
Jikalau di UK lebih teruk. Sehingga ada budaya yang digelar hooliganism ( ke hooliganisma Luq? hehe) di mana penyokong bola sepak berlainan kelab sanggup bergaduh sehingga ada yang terkorban. Merepek tapi benar!
Filem Fever Pitch adalah satu filem yang baik untuk menyedarkan "peminat bola sepak" yang fanatik ini. Filem yang mengisahkan seorang lelaki yang meminati sebuah kelab besbol di Amerika yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelab yang di sokongnya.
Babak yang menyedarkan bagi saya ialah apabila tiba suatu musim besbol di mana kelab yang di sokongnya selalu sahaja tewas sehingga pada suatu malam lelaki tadi mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa bengangnya dengan meminum arak di sebuah restoran.
Tiba di restoran berkenaan, lelaki tadi terkejut kerana pemain besbol kelab kesayangannya masih dapat berseronok menghadiri majlis makan malam bersama pemain besbol kelab lain seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan kelab tersebut sedang menghadapi musim paling teruk dalam sejarah mereka.
Kesedaran apa yang saya dapat?
Setelah menonton filem ini saya rasakan bahawa pemain bola sepak atau pemain sukan apa pun, sama ada menang atau kalah, hidup normal seperti biasa sahaja. Peminat yang nampaknya gagal mengawal emosi.
Sudah-sudahlah tu bertikam lidah. Nampak tak pro la bro!
Saya bukanlah cuba bersikap konservatif, tapi cuba bersikap profesional. Jikalau betul anda minat bola sepak, ayuh tunjukkan kehebatan di atas padang. Ada berani?!
Thursday, May 28, 2009
Ingat Mati Hiduplah Hati
Menanti Di Barzakh
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
Tuesday, May 26, 2009
"Mat Rempit" Di Mana-mana
Saya ingatkan di Malaysia sahaja yang ada Mat Rempit. Rupanya di kawasan negara Arab pun ada.
Kerana sering ditekan dengan sekatan oleh negara haram Israel dan banyak barang keperluan harian sukar untuk didapati walaupun barang alat ganti kereta, penduduk di Gaza sudah mula berminat pada motosikal.
Motosikal bagi anak-anak muda di Gaza dijadikan salah satu alat untuk bersosial. Tak main "motor kapcai", kebanyakan jenis motosikal yang digunakan adalah dari jenis "superbike" dan kerana tiada kereta, motosikal digunakan oleh si ayah untuk membawa 5 orang anaknya sekaligus ke pantai di waktu petang!
Hidup perlu diteruskan walaupun apa jua keadaan!

Erti Hidup Pada Memaafkan dan Memohon Maaf
"Cepat masa berlalu..."
Saya berbisik sendirian di dalam surau university. Dalam sedar atau tidak, semester pertama tahun 2009 hampir sampai ke penghujungnya. Lagi 2 minggu kelas akan berakhir sebelum peperiksaan akhir semester bermula. Bagi kami pelajar tahun ketiga mechanical engineering di AUT, hampir semua assignment ataupun projek telahpun di hantar. Tiada lagi test.
Selepas selesai menghantar assignment subject material petang itu saya terus ke surau. Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 3 petang. Hampir masuk waktu Asar di Auckland.
Tiba di surau masih ada banyak waktu lagi sebelum masuk waktu Asar. Al-quran di dalam beg saya ambil dan bacaan Al-quran saya teruskan.
Tiba di ayat ke 29 surah Taha saya terhenti seketika. Aytnya berbunyi
Saya sambung lagi bacaan sehingga saya berhenti di ayat ke 36. Kemudian saya merenung jauh maksud 'ayat-ayat cinta' yang Allah cuba sampaikan.
Ada maksud tersirat di sebalik kisah Musa as dan Harun as tadi.
Al-quran yang dibaca saya tutup.
Terfikir saya betapa dalam berjuang menegakkan syiar Islam, Musa as tidak meminta bantuan dalam bentuk material, bukan juga angkatan tentera untuk menentang Firaun tetapi cukuplah seorang saudara!
Apa yang saya faham dari ayat-ayat Al-Quran ini ialah betapa pentingnya saudara ataupun sahabat bagi seorang muslim.
Apa buktinya? Nah, sudah diceritakan di dalam Al-Quran.
Tetapi bagaimana dalam dunia hari ini masih ada muslim yang masih boleh bergaduh sesama sendiri? Seperti sahabat semuslimnya tiada guna.
Tidak perlu kita lihat pada arena politik antarabangsa ataupun dalam negara. Cukup sekadar melihat teman kita di sekeliling.
Bermasam muka dalam tempoh waktu yang cukup lama hanya kerana salah faham. Tidak bertegur sapa. Tak cukup dengan itu, mengumpat dan menceritakan perkara yang bukan-bukan berkenaan sahabat tadi pada orang lain. Macam nak mengajak orang lain membenci sama.
Kebanyakan peristiwa bergaduh dan bermasam muka ini saya lihat yang berlaku hanyalah salah faham dan ego yang melampau. Bukan setakat ego, malah tak mahu mendengar nasihat dari sahabat yang lain. Susah juga nak melayan orang yang rasa diri dah cukup hebat ni.
Bagi saya, jikalau anda seorang lelaki sejati, jika ada perkara yang tak puas hati, adalah lebih baik diselesaikan secara berhadapan dan berterus terang. Bukannya bermasam muka dan meniggi suara tanda protes. Perjelaskan dan minta penjelasan. Jangan mengharapkan teman faham yang anda sedang marah dan kecewa. Tidak perlu memendam dan berdendam!.
Saban hari semakin banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Kadang-kala hal-hal yang remeh temeh ataupun keanak-anakan seperti ini perlu dikurangkan supaya tidak terbantut usaha bergerak ke hadapan.
Kadang-kala pelik bila difikir semula, sesetengah orang di dunia ini lebih selesa bermasam muka dan tidak bertegur sapa.
Dalam hal ini saya lebih suka mengajak anda merujuk kembali ayat 10 surah Al-Hujurat.
Apabila membaca Al-Quran janganlah sekadar baca dan hafal untuk menunjukkan anda hebat tetapi hayatilah maksudnya dan hadam maksud yang tersirat di dalam hati kerana saya percaya itu yang lebih penting.
Buang ego anda jauh-jauh dan mari kita belajar memaafkan kesalahan insan kerana saya percaya, anda juga akan mengharapkan perkara yang sama jika anda berada pada posisi sebaliknya.
Erti hidup pada memaafkan...insyaallah bermakna pada hidup!

"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku"

Monday, May 25, 2009
Jangan Kita Lupa Diri Sendiri
Daie-daie Yang Penat
Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.

Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan.
Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da'ie-da'ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ?
Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da'ie-da'ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:
”...dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)”
[47:38]
Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan. Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da'ie-da'ie ini?
Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya! Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri. Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.
Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat.
Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da'ie-da'ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai "senior" di dalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.
Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da'ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini. Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da'ie-da'ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri.
Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah.
Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera.
Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan. Moga-moga Allah melindungi da'ie-da'ie ini.
Nukilan asal: Aminuddin Yahaya

Subscribe to:
Posts (Atom)