Kelakar tapi benar.
Itulah yang berlaku hari ini selepas melihat gelagat rakan-rakan selepas mereka menonton perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi (di Malaysia mungkin malam). Bukan setakat gelagat rakan-rakan di depan mata malahan geli hati melihat perang status YM antara "peminat-peminat fanatik" bola sepak.
Melihatkan gelagat rakan-rakan teringat pula diri sendiri dari zaman persekolahan di Ipoh sehinggalah di zaman first year di Auckland. Sanggup bangun di awal pagi semata-mata menonton perlawanan bola sepak. Jikalau di Malaysia mungkin sudah ada rakan yang mengajak ke kedai mamak atau saya juga yang rajin mengajak.
Bila sudah sampai usia sebegini, terfikir saya, kenapa diri sanggup bangun malam semata-mata menghabiskan masa 2 jam di hadapan televisyen untuk menonton orang bermain bola sepak. Bila orang ajak ke program yang lebih mengisi rohani terasa seperti ada satu gravitational force yang memalaskan diri untuk turut serta. Itu adalah suatu yang sedih tapi benar bagi saya!
Kelakar tapi benar melihatkan gelagat rakan-rakan yang sanggup bergaduh sehingga tidak bertegur sapa untuk tempoh yang lama hanya kerana menyokong kelab bola sepak "kesayangan" mereka.
Jikalau di UK lebih teruk. Sehingga ada budaya yang digelar hooliganism ( ke hooliganisma Luq? hehe) di mana penyokong bola sepak berlainan kelab sanggup bergaduh sehingga ada yang terkorban. Merepek tapi benar!
Filem Fever Pitch adalah satu filem yang baik untuk menyedarkan "peminat bola sepak" yang fanatik ini. Filem yang mengisahkan seorang lelaki yang meminati sebuah kelab besbol di Amerika yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelab yang di sokongnya.
Babak yang menyedarkan bagi saya ialah apabila tiba suatu musim besbol di mana kelab yang di sokongnya selalu sahaja tewas sehingga pada suatu malam lelaki tadi mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa bengangnya dengan meminum arak di sebuah restoran.
Tiba di restoran berkenaan, lelaki tadi terkejut kerana pemain besbol kelab kesayangannya masih dapat berseronok menghadiri majlis makan malam bersama pemain besbol kelab lain seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan kelab tersebut sedang menghadapi musim paling teruk dalam sejarah mereka.
Kesedaran apa yang saya dapat?
Setelah menonton filem ini saya rasakan bahawa pemain bola sepak atau pemain sukan apa pun, sama ada menang atau kalah, hidup normal seperti biasa sahaja. Peminat yang nampaknya gagal mengawal emosi.
Sudah-sudahlah tu bertikam lidah. Nampak tak pro la bro!
Saya bukanlah cuba bersikap konservatif, tapi cuba bersikap profesional. Jikalau betul anda minat bola sepak, ayuh tunjukkan kehebatan di atas padang. Ada berani?!
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam...
pandangan yg menarik. ana stuju sgt.. isu yg mcm ni bkn stkt di padang bola je.. byk sgt. lemah btol mentaliti manusia yg terlalu obses pd skop2 khidupn yg kecil. sdgkan skop khidupan manusia ini luas... dan slps khidupn ni pula ade lg mase khidupan yg sgt pnjg..
itulah yg Allah slalu ingatkan dlm alquran.. org yg berjaya ni adlh org2 yg slalu berfikir.. maka, berfikirlah :)
salam.. alow kawan.. mane kau ilang ? ?aku ok je .. kat toshiba lagi.. saje bosan2 hehehe . em camne blajar ?? huhu, lama xupdate blog psal apa ??
takde cite lain ke?sumeorg tertunggu tunggu ni.lambatlah
Post a Comment