Bagaimana Yahudi mampu menguasai dunia pada hari ini? Lihatlah pada orang mudanya. Gambar di bawah sudah cukup untuk menceritakan segalanya. Saya bukan menyuruh anda untuk mula mengikut apa yang diajar kitab Talmud dan ajaran Yahudi tetapi lihatlah bagaimana sikap anak muda mereka yang sentiasa bersemangat dan berjuang menentang apa sahaja halangan kerana percaya apa yang dikatakan dalam kitab Talmud itu adalah suatu yang benar, bahawa mereka adalah bangsa pilihan dan tanah Palestin itu adalah milik mereka sedangkan semua itu hanya bohongan semata-mata.
Itu anak muda agama Yahudi.
Bagaimana pula dengan anak muda kita? Anak muda Islam? Ke mana perginya? Sudah tewas dengan serangan pemikiran yang dianjurkan musuh kita?
Al-Andalus Dalam Kenangan
Selain meminati sejarah kerajaan Turki Uthmaniyyah, saya juga meminati sejarah kerajaan Islam Andalus da sejarah membuktikan Islam pernah memerintah Gibraltar di Semenanjung Iberia sehinggalah ke kawasan selatan negara Perancis. Kita berjaya mencipta tamadun dan memerintah dengan gahnya di sana selama 800 tahun.
Di kala umat Islam Andalus pada waktu itu sudah mempunyai teknologi tandas yang bersih dan canggih, orang kafir di negara barat lain masih terkial-kial dalam zaman kegelapan mereka. Di kala jalan-jalan utama di Al-Andalus ketika itu sudah diterangi cahaya lampu pada waktu malam, pihak gereja di negara kafir lain menolak bulat-bulat ilmu sains yang mereka katakan sebagai sihir.
Rahsianya cuma satu. Hebat dan bersemangatnya anak muda Islam ketika itu.
Dikatakan bagaimana kerajaan Ferdinand dan Isabella terpaksa menghantar perisik untuk mengetahui rahsia kehebatan kerajaan Islam Andalus sehingga sukar untuk ditewaskan dalam medan perang.
Laporan yang dihantar oleh perisik kepada raja ketika itu mengatakan bagaimana anak muda Islam Andalus pada ketika itu sentiasa bersaing antara mereka dalam menghafal Al-Quran dan hadith. Mereka turut bersaing dalam penyelidikan ilmu sains dan turut cemerlang dalam menghasilkan karya sastera. Hebat. Cukup hebat sehingga di dalam laporan perisik tadi turut mencadangkan agar kerajaan Ferdinand dan Isabella berhenti menyerang kerajaan Islam Andalus.
Berabad lamanya telah berlalu dan kerajaan Ferdinand dan Isabella sekali lagi menghantar perisik untuk mengetahui bagaimana suasana kerajaan Islam Andalus setelah sekian lama.
Ketika dalam perjalanan, perisik tadi bertemu dengan seorang anak muda Islam yang duduk menangis di tepi jalan. Apabila ditanya apa yang berlaku, anak muda tadi menangis kerana telah ditinggalkan kekasih. Tanpa membuang masa, perisik tadi pulang ke negaranya dan memberitahu raja bahawa ketika itu adalah masa yang sesuai untuk menyerang kerajaan Islam Andalus. Tamadun yang kita bina selama 8 abad, musnah dalam sebulan sahaja. Sejarah Islam yang pahit dan menyedihkan.
Refleksi Diri
Sekarang bagaimana pula dengan kita,anak muda zaman ini, saya sendiri. Pernahkah kita memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti diri kita sebagai seorang muslim? Pernahkah kita terfikir bahawa kita sebenarnya sedang memikul satu beban umat yang sangat berat, meningkatkan kebali kegemilangan Islam di tempat yang sepatutnya? Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membela nasib saudara semuslim kita yang teruk dipijak oleh musuh Islam di tempat lain?
Atau sebenarnya kita sibuk memikirkan "video game" apa yang nak kita main di petang hari? Pasukan bola sepak mana yang kita nak sokong pukul 4 pagi nanti? CD game apa yang kita nak beli tengah hari nanti? Malam nanti nak makan dengan kekasih di mana?
Di kala musuh Islam tergelak besar dan tersenyum gembira melihatkan visi dan misi mereka berjaya mencapai sasaran, bagaimana kita masih lagi sempat memikirkan perkara yang remeh-temeh?
Bangkitkan Iman dan Semangatmu
Diceritakan kepada kita melalui Al-Quran, kisah-kisah orang terdahulu bukanlah sebagai suatu kisah dongeng dan bukan juga suatu kisah yang sia-sia tetapi sebagai panduan dan pengajaran kerana kisah itu pasti berlaku lagi cuma kali ini, wataknya berbeza.
Adakah di dalam Al-Quran diceritakan kisah mengenai pentingnya sumbangan anak muda kepada kejayaan Islam?
Mari kita lihat Surah Al-Anbiya' ayat 59 hingga 60,
Mereka berkata,"Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami? Sungguh dia termasuk orang yang zalim." Mereka (yang lain) berkata," Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim."
Ketika usianya masih mudalah Nabi Ibrahim a.s. memecahkan semua berhala-berhala yang disembah oleh kaumnya dan meninggalkan berhala yang besar sekali dan dalam usia yang masih muda itulah baginda dihukum untuk dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya.
Kisah di dalam Al-Quran telah membuktikan betapa besarnya impak yang boleh dihasilkan oleh seorang anak muda kepada kebangkitan Islam jika semangat anak muda yang masih membara digunakan ke jalan yang betul.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat 110;
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang fasik.
Jika ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak kepada kita, Untuk apa kau habiskan masa muda mu?
Apakah jawapan yang akan kita berikan jika yang difikirkan hanya keindahan dunia yang sia-sia?
Tepuk dada tanyalah iman.
Apakah jawapan yang akan kita berikan jika yang difikirkan hanya keindahan dunia yang sia-sia?
Tepuk dada tanyalah iman.
1 comment:
MAsyaAllah, artikel yg sgt menarik. Jzkk for sharing
Post a Comment