Sunday, February 28, 2010

Langkah Bermula

Masya-Allah,

Lama sudah tak dibersihkan sawang-sawang yang ada pada blog ini.

"Sawang-sawang kat blog nta tu dah lama tak sapu tu...", masih ingat lagi teguran seorang sahabat tahun lepas. Insya-Allah tahun ini akan lebih istiqamah dalam mengemas kini blog.

Dalam sedar atau tidak, insya-Allah ini adalah tahun terakhir saya di bumi Auckland. Sekejap sahaja empat tahun. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Tetapi sebelum boleh saya untuk ber"sentimental" dan bermain-main dengan perasaan, adalah lebih baik saya bersikap realistik dan kembali di bumi yang nyata. Masih ada lagi satu tahun!.

Tahun ini kembali ke Auckland dengan tanggungjawab yang lebih berat. Teringat kata-kata Umar Abdul Aziz,

"Sesungguhnya aku di dalam suatu urusan yang tiada siapa dapat membantuku melainkan Allah SWT"

Benarlah kata Umar Abdul Aziz kerana sesungguhnya, sejauh mana pun kita berusaha untuk mengajak manusia terutama individu muslim pada Islam yang syumul dan pada akhlak yang baik-baik, tanpa hidayah Allah SWT, usaha itu tidak ke mana.

Lebih sukar lagi sebagai seorang student final year dalam bidang mechanical and manufacturing engineering kerana perlu berhadapan dengan subjek Industrial Project.

Tanggungjawab makin berat dan study semakin sukar.

Pintaku pada yang Maha Esa moga dipermudahkan segalanya buat diri yang lemah lagi tiada daya ini....

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihani-Mu,
bertemu untuk mematuhi-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati ini akan jalan-Mu
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak akan malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu.
Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifah tentang-Mu.
Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junnjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

3 comments:

emir.abu.khalil said...

my prayer is always with you, my ikhwah... my brother. may He strengthen you.

Zikri A Zainudin said...

jzkk bro!
risau hati ni Allah saja tau..:)

Imran Razali said...

hehe ingat lg nta ayat sawang tuh...
insyaAllah akhi, Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya yang beriman....

ana sendiri tahu perkara yang paling cukup nta risaukan walaupun nta cukup bijak menyorokkan kegelisahan emosi nta ... robbi yassir wala tu 'assir