Saturday, September 26, 2009

Wahai Anak Muda

Untuk melihat sejauh mana hebatnya sesuatu kaum, bangsa, agama, atau negara, lihatlah pada orang mudanya.

Bagaimana Yahudi mampu menguasai dunia pada hari ini? Lihatlah pada orang mudanya. Gambar di bawah sudah cukup untuk menceritakan segalanya. Saya bukan menyuruh anda untuk mula mengikut apa yang diajar kitab Talmud dan ajaran Yahudi tetapi lihatlah bagaimana sikap anak muda mereka yang sentiasa bersemangat dan berjuang menentang apa sahaja halangan kerana percaya apa yang dikatakan dalam kitab Talmud itu adalah suatu yang benar, bahawa mereka adalah bangsa pilihan dan tanah Palestin itu adalah milik mereka sedangkan semua itu hanya bohongan semata-mata.

Itu anak muda agama Yahudi.

Bagaimana pula dengan anak muda kita? Anak muda Islam? Ke mana perginya? Sudah tewas dengan serangan pemikiran yang dianjurkan musuh kita?

Al-Andalus Dalam Kenangan

Selain meminati sejarah kerajaan Turki Uthmaniyyah, saya juga meminati sejarah kerajaan Islam Andalus da sejarah membuktikan Islam pernah memerintah Gibraltar di Semenanjung Iberia sehinggalah ke kawasan selatan negara Perancis. Kita berjaya mencipta tamadun dan memerintah dengan gahnya di sana selama 800 tahun.

Di kala umat Islam Andalus pada waktu itu sudah mempunyai teknologi tandas yang bersih dan canggih, orang kafir di negara barat lain masih terkial-kial dalam zaman kegelapan mereka. Di kala jalan-jalan utama di Al-Andalus ketika itu sudah diterangi cahaya lampu pada waktu malam, pihak gereja di negara kafir lain menolak bulat-bulat ilmu sains yang mereka katakan sebagai sihir.

Rahsianya cuma satu. Hebat dan bersemangatnya anak muda Islam ketika itu.

Dikatakan bagaimana kerajaan Ferdinand dan Isabella terpaksa menghantar perisik untuk mengetahui rahsia kehebatan kerajaan Islam Andalus sehingga sukar untuk ditewaskan dalam medan perang.

Laporan yang dihantar oleh perisik kepada raja ketika itu mengatakan bagaimana anak muda Islam Andalus pada ketika itu sentiasa bersaing antara mereka dalam menghafal Al-Quran dan hadith. Mereka turut bersaing dalam penyelidikan ilmu sains dan turut cemerlang dalam menghasilkan karya sastera. Hebat. Cukup hebat sehingga di dalam laporan perisik tadi turut mencadangkan agar kerajaan Ferdinand dan Isabella berhenti menyerang kerajaan Islam Andalus.

Berabad lamanya telah berlalu dan kerajaan Ferdinand dan Isabella sekali lagi menghantar perisik untuk mengetahui bagaimana suasana kerajaan Islam Andalus setelah sekian lama.

Ketika dalam perjalanan, perisik tadi bertemu dengan seorang anak muda Islam yang duduk menangis di tepi jalan. Apabila ditanya apa yang berlaku, anak muda tadi menangis kerana telah ditinggalkan kekasih. Tanpa membuang masa, perisik tadi pulang ke negaranya dan memberitahu raja bahawa ketika itu adalah masa yang sesuai untuk menyerang kerajaan Islam Andalus. Tamadun yang kita bina selama 8 abad, musnah dalam sebulan sahaja. Sejarah Islam yang pahit dan menyedihkan.

Refleksi Diri

Sekarang bagaimana pula dengan kita,anak muda zaman ini, saya sendiri. Pernahkah kita memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti diri kita sebagai seorang muslim? Pernahkah kita terfikir bahawa kita sebenarnya sedang memikul satu beban umat yang sangat berat, meningkatkan kebali kegemilangan Islam di tempat yang sepatutnya? Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membela nasib saudara semuslim kita yang teruk dipijak oleh musuh Islam di tempat lain?

Atau sebenarnya kita sibuk memikirkan "video game" apa yang nak kita main di petang hari? Pasukan bola sepak mana yang kita nak sokong pukul 4 pagi nanti? CD game apa yang kita nak beli tengah hari nanti? Malam nanti nak makan dengan kekasih di mana?

Di kala musuh Islam tergelak besar dan tersenyum gembira melihatkan visi dan misi mereka berjaya mencapai sasaran, bagaimana kita masih lagi sempat memikirkan perkara yang remeh-temeh?

Bangkitkan Iman dan Semangatmu

Diceritakan kepada kita melalui Al-Quran, kisah-kisah orang terdahulu bukanlah sebagai suatu kisah dongeng dan bukan juga suatu kisah yang sia-sia tetapi sebagai panduan dan pengajaran kerana kisah itu pasti berlaku lagi cuma kali ini, wataknya berbeza.

Adakah di dalam Al-Quran diceritakan kisah mengenai pentingnya sumbangan anak muda kepada kejayaan Islam?

Mari kita lihat Surah Al-Anbiya' ayat 59 hingga 60,

Mereka berkata,"Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami? Sungguh dia termasuk orang yang zalim." Mereka (yang lain) berkata," Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim."

Ketika usianya masih mudalah Nabi Ibrahim a.s. memecahkan semua berhala-berhala yang disembah oleh kaumnya dan meninggalkan berhala yang besar sekali dan dalam usia yang masih muda itulah baginda dihukum untuk dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya.

Kisah di dalam Al-Quran telah membuktikan betapa besarnya impak yang boleh dihasilkan oleh seorang anak muda kepada kebangkitan Islam jika semangat anak muda yang masih membara digunakan ke jalan yang betul.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat 110;

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang fasik.

Jika ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak kepada kita, Untuk apa kau habiskan masa muda mu?

Apakah jawapan yang akan kita berikan jika yang difikirkan hanya keindahan dunia yang sia-sia?

Tepuk dada tanyalah iman.


Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,

Harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang mengenali diri. Maaf di atas segala kesilapan yang tidak disengajakan sama ada terkasar bahasa atau hasil tulisan saya di dalam blog ini menyinggung perasaan yang membacanya.



Tahniah buat yang berjaya mencapai sasaran ibadah dan amal di bulan Ramadhan dan bagi yang tidak berpeluang, usah kecewa, mari sama-sama kita doakan agar diberikan Allah SWT pelaung sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Suatu perkara penting yang gemar saya ingatkan apabila berborak dengan rakan-rakan mengenai Ramadhan dan Syawal dan mungkin elok juga jika saya kongsikan di sini, ialah supaya kita tidak hanya giat beribadah dan beramal di bulan Ramadhan sahaja tetapi apabila bulan Ramadhan berlalu meninggalkan kita, segala daya kesungguhan beramal tadi hilang.

Hilangnya daya kesungguhan beramal tadi apabila berlalunya Ramadhan ibarat kita ini hanya beriman dengan Ramadhan dan bukan dengan Allah SWT.

Ramadhan bukan hanya pada meriahnya suasana bazaar Ramadhannya.

Ramadhan bukan hanya giatnya insan ke masjid di malam hari untuk menunaikan solat sunat terawih.

Ramadhan bukan hanya pada giatnya usaha setiap insan untuk mempergiatkan bacaan Al-Qurannya sehingga selesai 30 juzu'.

Ramadhan bukan hanya pada giatnya insan bangun malam untuk menunaikan solat sunat.

Ramadhan adalah lebih dari semua itu.

Ramadhan adalah bulan untuk mendidik setiap jiwa yang sebelum ini malas untuk beramal ibadah rajin beramal ibadah dan keberkesanan latihan amal ibadah itu akan dinilai di luar bulan Ramadhan dan ianya tidak terhenti setelah Ramadhan tamat.

Ramadhan adalah bulan mendidik setiap anggota badan yang sebelum ini hanya tahu melakukan perkara sia-sia, berhenti melakukannya dan keberkesanan latihan itu hanya akan dinilai juga diluar bulan Ramadhan. Andai kata tabiat dan tingkah laku kembali seperti sikap jahiliyyah diri kita yang asal, maka latihan masih belum cukup dan kita hanya beriman dengan Ramadhan dan bukan dengan Allah SWT.

Pendek kata, usah tinggalkan segala kesungguhan dan kerajinan kita dalam mendidik diri menjadi mukmin sejati apabila Ramadhan selesai tetapi jadikannya sebagai satu bukti bahawa diri kita sebenarnya mampu berubah dan kekalkan malah tingkatkan lagi kualiti perubahan ke arah kebaikan pada diri untuk masa hadapan.

Mari sama-sama kita berdoa agar dapat dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Insyaallah.



Salam lebaran...

Friday, July 10, 2009

Sekadar Insan Biasa

Saya cukup hormat pada insan yang sudah pun bergelar da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers sisters, atau apa saja gelaran baik yang diberikan pada golongan yang mengajak insan lain pada kesyumulan islam ini.

Tanggungjawab yang lahir atas dasar kesedaran dan berkat hidayah Allah SWT ini bukanlahh satu tanggungjwab yang mudah. Bukan sebarang insan boleh menanggungnya. Allah SWT sahaja yang tahu penat dan sakit yang perlu ditanggung dalam memikul beban dakwah ini. Bukan setakat penat, malah mungkin dicaci atau diumpat oleh sesetengah golongan manusia.

Saya hormat dan hargai jasa mereka.

Manusia normal.

Namun begitu, da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers atau sisters tetaplah manusia biasa. Punyai rasa sedih, gembira, rindu, sayang, cinta, marah dan kadang-kala pasti lahir rasa ujub atau riak.

Saya sekadar ingin menasihatkan, dalam kita sibuk mentarbiyah orang, jangan kita lupa mentarbiyah diri sendiri. Sentiasa semak semula amal kita setiap hari.

Bagaimana boleh merasa bangga atau riak hanya kerana kesedaran atau hidayah Allah SWT untuk menyedarkan orang lain hadir pada kita lebih awal dari insan lain?

Bagaimana boleh bercakap besar hanya kerana anda sudah menyertai ikhwah atau akhawat ke program-program yang Islamik di universiti atau kawasan masing-masing?

Dari mana lahirnya perasaan untuk memperlekehkan orang lain atau memulaukan orang hanya kerana mereka tidak mahu sertai program yang kita anjurkan?

Pernahkah anda wahai da'ie, murabbi, ikhwah, akhawat, brothers atau sisters terfikir bahawa manusia mana yang tidak mahukan pada kebaikan?



Jaga dirimu

Saya hanya ingin menasihatkan supaya jangan sesekali pernah ada rasa bangga diri dan memperkecilkan orang lain. Sentiasalah beringat bahawa jika tidak kerana hidayah Allah SWT, pasti kita tidak berada pada di mana kita berada sekarang. Sibuk siang dan malam mengajak insan lain pada kebaikan.

Rendahkanlah diri mu dan sentiasalah beringatlah dari proses penciptaan manusia itu sendiri, Allah SWT ingin mengingatkan kita supaya sentiasa sedar siapa kita sebenarnya,

الَّذِى أَحْسَنَ كُلَّ شَىْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الإِنْسَـنِ مِن طِينٍ - ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلاَلَةٍ مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ

"Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (mani)" (As-Sajdah: 7-8)

Sentiasalah betanya pada diri kita wahai Sang Murabbi, adakah kita pasti kita akan kekal berada di atas jalan ini sehingga ke akhir hayat? Anda pasti?

Thursday, May 28, 2009

Kelakar Tapi Benar

Kelakar tapi benar.

Itulah yang berlaku hari ini selepas melihat gelagat rakan-rakan selepas mereka menonton perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi (di Malaysia mungkin malam). Bukan setakat gelagat rakan-rakan di depan mata malahan geli hati melihat perang status YM antara "peminat-peminat fanatik" bola sepak.

Melihatkan gelagat rakan-rakan teringat pula diri sendiri dari zaman persekolahan di Ipoh sehinggalah di zaman first year di Auckland. Sanggup bangun di awal pagi semata-mata menonton perlawanan bola sepak. Jikalau di Malaysia mungkin sudah ada rakan yang mengajak ke kedai mamak atau saya juga yang rajin mengajak.

Bila sudah sampai usia sebegini, terfikir saya, kenapa diri sanggup bangun malam semata-mata menghabiskan masa 2 jam di hadapan televisyen untuk menonton orang bermain bola sepak. Bila orang ajak ke program yang lebih mengisi rohani terasa seperti ada satu gravitational force yang memalaskan diri untuk turut serta. Itu adalah suatu yang sedih tapi benar bagi saya!

Kelakar tapi benar melihatkan gelagat rakan-rakan yang sanggup bergaduh sehingga tidak bertegur sapa untuk tempoh yang lama hanya kerana menyokong kelab bola sepak "kesayangan" mereka.

Jikalau di UK lebih teruk. Sehingga ada budaya yang digelar hooliganism ( ke hooliganisma Luq? hehe) di mana penyokong bola sepak berlainan kelab sanggup bergaduh sehingga ada yang terkorban. Merepek tapi benar!

Filem Fever Pitch adalah satu filem yang baik untuk menyedarkan "peminat bola sepak" yang fanatik ini. Filem yang mengisahkan seorang lelaki yang meminati sebuah kelab besbol di Amerika yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelab yang di sokongnya.



Babak yang menyedarkan bagi saya ialah apabila tiba suatu musim besbol di mana kelab yang di sokongnya selalu sahaja tewas sehingga pada suatu malam lelaki tadi mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa bengangnya dengan meminum arak di sebuah restoran.

Tiba di restoran berkenaan, lelaki tadi terkejut kerana pemain besbol kelab kesayangannya masih dapat berseronok menghadiri majlis makan malam bersama pemain besbol kelab lain seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan kelab tersebut sedang menghadapi musim paling teruk dalam sejarah mereka.

Kesedaran apa yang saya dapat?

Setelah menonton filem ini saya rasakan bahawa pemain bola sepak atau pemain sukan apa pun, sama ada menang atau kalah, hidup normal seperti biasa sahaja. Peminat yang nampaknya gagal mengawal emosi.

Sudah-sudahlah tu bertikam lidah. Nampak tak pro la bro!

Saya bukanlah cuba bersikap konservatif, tapi cuba bersikap profesional. Jikalau betul anda minat bola sepak, ayuh tunjukkan kehebatan di atas padang. Ada berani?!

Ingat Mati Hiduplah Hati


Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Tuesday, May 26, 2009

"Mat Rempit" Di Mana-mana

Saya ingatkan di Malaysia sahaja yang ada Mat Rempit. Rupanya di kawasan negara Arab pun ada.

Kerana sering ditekan dengan sekatan oleh negara haram Israel dan banyak barang keperluan harian sukar untuk didapati walaupun barang alat ganti kereta, penduduk di Gaza sudah mula berminat pada motosikal.

Motosikal bagi anak-anak muda di Gaza dijadikan salah satu alat untuk bersosial. Tak main "motor kapcai", kebanyakan jenis motosikal yang digunakan adalah dari jenis "superbike" dan kerana tiada kereta, motosikal digunakan oleh si ayah untuk membawa 5 orang anaknya sekaligus ke pantai di waktu petang!



Hidup perlu diteruskan walaupun apa jua keadaan!

Erti Hidup Pada Memaafkan dan Memohon Maaf

"Cepat masa berlalu..."

Saya berbisik sendirian di dalam surau university. Dalam sedar atau tidak, semester pertama tahun 2009 hampir sampai ke penghujungnya. Lagi 2 minggu kelas akan berakhir sebelum peperiksaan akhir semester bermula. Bagi kami pelajar tahun ketiga mechanical engineering di AUT, hampir semua assignment ataupun projek telahpun di hantar. Tiada lagi test.

Selepas selesai menghantar assignment subject material petang itu saya terus ke surau. Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 3 petang. Hampir masuk waktu Asar di Auckland.

Tiba di surau masih ada banyak waktu lagi sebelum masuk waktu Asar. Al-quran di dalam beg saya ambil dan bacaan Al-quran saya teruskan.

Tiba di ayat ke 29 surah Taha saya terhenti seketika. Aytnya berbunyi

"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku"

Saya sambung lagi bacaan sehingga saya berhenti di ayat ke 36. Kemudian saya merenung jauh maksud 'ayat-ayat cinta' yang Allah cuba sampaikan.

Ada maksud tersirat di sebalik kisah Musa as dan Harun as tadi.

Al-quran yang dibaca saya tutup.

Terfikir saya betapa dalam berjuang menegakkan syiar Islam, Musa as tidak meminta bantuan dalam bentuk material, bukan juga angkatan tentera untuk menentang Firaun tetapi cukuplah seorang saudara!

Apa yang saya faham dari ayat-ayat Al-Quran ini ialah betapa pentingnya saudara ataupun sahabat bagi seorang muslim.

Apa buktinya? Nah, sudah diceritakan di dalam Al-Quran.

Tetapi bagaimana dalam dunia hari ini masih ada muslim yang masih boleh bergaduh sesama sendiri? Seperti sahabat semuslimnya tiada guna.

Tidak perlu kita lihat pada arena politik antarabangsa ataupun dalam negara. Cukup sekadar melihat teman kita di sekeliling.

Bermasam muka dalam tempoh waktu yang cukup lama hanya kerana salah faham. Tidak bertegur sapa. Tak cukup dengan itu, mengumpat dan menceritakan perkara yang bukan-bukan berkenaan sahabat tadi pada orang lain. Macam nak mengajak orang lain membenci sama.



Kebanyakan peristiwa bergaduh dan bermasam muka ini saya lihat yang berlaku hanyalah salah faham dan ego yang melampau. Bukan setakat ego, malah tak mahu mendengar nasihat dari sahabat yang lain. Susah juga nak melayan orang yang rasa diri dah cukup hebat ni.

Bagi saya, jikalau anda seorang lelaki sejati, jika ada perkara yang tak puas hati, adalah lebih baik diselesaikan secara berhadapan dan berterus terang. Bukannya bermasam muka dan meniggi suara tanda protes. Perjelaskan dan minta penjelasan. Jangan mengharapkan teman faham yang anda sedang marah dan kecewa. Tidak perlu memendam dan berdendam!.

Saban hari semakin banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Kadang-kala hal-hal yang remeh temeh ataupun keanak-anakan seperti ini perlu dikurangkan supaya tidak terbantut usaha bergerak ke hadapan.

Kadang-kala pelik bila difikir semula, sesetengah orang di dunia ini lebih selesa bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Dalam hal ini saya lebih suka mengajak anda merujuk kembali ayat 10 surah Al-Hujurat.

Apabila membaca Al-Quran janganlah sekadar baca dan hafal untuk menunjukkan anda hebat tetapi hayatilah maksudnya dan hadam maksud yang tersirat di dalam hati kerana saya percaya itu yang lebih penting.

Buang ego anda jauh-jauh dan mari kita belajar memaafkan kesalahan insan kerana saya percaya, anda juga akan mengharapkan perkara yang sama jika anda berada pada posisi sebaliknya.

Erti hidup pada memaafkan...insyaallah bermakna pada hidup!

Monday, May 25, 2009

Jangan Kita Lupa Diri Sendiri

Daie-daie Yang Penat


Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.

Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan.

Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da'ie-da'ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ?

Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da'ie-da'ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:

”...dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)”

[47:38]


Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan. Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da'ie-da'ie ini?

Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya! Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri. Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.

Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat.

Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da'ie-da'ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai "senior" di dalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.

Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da'ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini. Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da'ie-da'ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri.

Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah.

Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera.

Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan. Moga-moga Allah melindungi da'ie-da'ie ini.

Nukilan asal: Aminuddin Yahaya

Tuesday, April 21, 2009

STAR And The End Of Tradition

The author of this piece wishes to be known only as Haji Abdullah Bokbong

I rarely go to Old Boys Weekend. Maybe because the OBW is always held in Ipoh, more than a hundred kilometers away. Secondly, most of the times I lack information about the date so when it comes, I have already booked myself for some other events and have to miss the OBW.

But I was there during the last OBW. It was not really fun - not many old boys turned up. The first time I attended the OBW (when Shafri Man was elected STAROBA President) the event was far merrier and the crowd much bigger.

But there was a rugby game. An inaugural match between STAR and Sekolah Alam Shah (I think it is called Sekolah Sultan Alam Shah now). And the trophy was aptly named after Arshad Ahmad, well justified for Arshad Ahmad's name is quite synonymous with rugby, not only in STAR and Sekolah Alam Shah (where he is now a senior assistant) but in the whole country too.

After 30 years, my last visit was actually my third time in STAR. Naturally, I went around the hostel. Oh my, it was in such dilapidated conditions I was lost for words. I was a Blue House guy and between Blue House and Green House there are concrete benches - or shall I say, broken concrete benches. They must have been there for quite some time, a sore reminder of how STAR has moved forward. The takraw courts between the two houses are also in a bad shape and unusable. But my biggest shock was the bathroom and the toilet - it was bad thirty-years ago but now it is unmentionable since there is no such word as "badder". Even the cubicle (a pride for anybody appointed as the house captain) has been demolished. So no cube and no pride left.

STAR is famous for its traditional white rugby jersey while the Malay Colege with its black. It is a long tradition and I couldn't remember any game when I was in STAR that our school team wore another colour. It was always white against black - and white always triumphed. And remember when Mat Hero with his last gasp kick that won STAR the Perak championship in 1970 - he wore white. And the losing MCKK team in black.

Though it was long ago, I have yet to erase it from memory. But for the Arshad Ahmad Trophy, STAR managed only a draw. It was not against MCKK but against Alam Shah (a school not known for its rugby tradition) and on home ground too. What a shame. Well, we can always excuse it by saying Alam Shah is coached by Arshad Ahmad. But my biggest anguish was not at the draw (you can beat them some of the times but definitely not all the times) but at the jersey. STAR was wearing a colourful jersey of maybe yellow, red and black. No longer that famous white jersey because tradition is not important or maybe the right words are "buta tradisi".

Even the school badge has been reworked. If you take a closer look you will find the original curves are no longer there. So the hardwork done by the late Tun Hamdan to make the school the second most famous boarding school in the country has come to nought. Maybe experiment after experiment by new headmasters, teachers (who are not part of the tradition) will one day turn STAR into another footnote in history.

Now they give out certificates for sports day. Instead of medals, they pass out certificates maybe because they are cheaper. Or maybe, the school wanted to be the first school in Malaysia to replace medals with certificates - perhaps in the world too. A feat that can go into Guiness Book of World Records. But at the same time, the school which once was famous for its sports would one day become nothing but a laughing stock for other schools.

Tradition is something worth holding on. Its just like our anthem the Negaraku - at one time, many politicians wished the tempo could be faster (or more military-like) but it has been sung that way for ages and when Dr Mahathir wanted to change it there was a lot of opposition. Tradition is also important for schools - one of my sons used to attend Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (it was called Victoria Institution once) because some headmasters thought all secondary schools ought to be called Sekolah Menengah Kebangsaan. Well, the old boys fought tooth and nail and now the government has decided it should revert to its old name, Victoria Institution.

Innovation is a sign of times. But innovating for the sake of change alone is nothing but a foolish effort to destroy history, tradition and values that are dear to our hearts.

Thursday, April 16, 2009

If They Could Love Like You and Me...




If Everyone Cared

From underneath the trees, we watch the sky
Confusing stars for satellites
I never dreamed that you'd be mine
But here we are, we're here tonight

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive

[Chorus:]
If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

And I'm singing

Amen I, Amen I, I'm alive
Amen I, Amen I, Amen I, I'm alive

And in the air the fireflies
Our only light in paradise
We'll show the world they were wrong
And teach them all to sing along

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive
(I'm alive)

[Chorus x2]

And as we lie beneath the stars
We realize how small we are
If they could love like you and me
Imagine what the world could be

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died
When nobody died...

[Chorus]

We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day when nobody died

Artist: Nickelback

Sunday, March 22, 2009

Antara Kaca dan Permata

Pernah seketika dulu saya rasa saya seorang yang tidak berguna.. Duduk dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak join mereka, mereka kata saya menyibuk.. Ada juga yang kata saya kuat emosi.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat salah.. kemudian saya cuba melawak konon nak tarik perhatian orang lain, saya paling gembira bila ada orang ketawa pada lawak yang saya buat, especially budak-budak perempuan.. budak-budak lelaki semua panggil saya ‘mat capub’..

tapi saya tak kisah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita, macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang bercouple.. di dorm SMS ‘awek’ sampai pagi.. ada yang call ‘awek’ sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. Saya mula fikir.. Adakah aku perlu BERCINTA?

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan empat itu.. saya pun mula menanam tekad untuk bercouple.. dan masa itulah saya kenal awak.. saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. Mula-mula awak jual mahal.. tapi saya tak kisah..nak beli juga.. huhu.. pendek cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta, memang saya sangat bersemangat Apa orang minang kata..All OUT lah.. huhu~ Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. bergayut di telefon malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 se-malam.. Tapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa itu.. tak terasa pun kehilangannya.. Masa bercinta memang indah.. Semuanya indah.. kejap-kejap gurau senda, gelak ketawa. kalau merajuk main pujuk-pujuk.. Kalau birthday main wish wish... Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah fikir.. Biarlah kawan-kawan saya itu pandang saya semacam dan kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah itu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena berubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia.. Inginkan kebaikan.. semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari tu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu sembahyang jemaah.. Selalu dengar tazkirah..

Saya tak nak jadi baik seorang diri.. so saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Quran.. saya kejut awak bangun subuh.. saya ajak awak bagi tazkirah.. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat salah.. bercinta kerana Allah.. Kite couple bukan macam orang lain.. orang lain couple jiwang karat aje.. ada yang siap buat maksiat lagi.. pegang-pegang tangan and so on.. Tapi kita couple baik-baik.. jaga batas-batas syara`.. tak nak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak mahu berjumpa, takut berlaku maksiat.. Dan awak terima perubahan saya itu..

Saya pun banyak nasihat awak.. Awak pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk dengan teguran saya, awak tak dapat nak terima.. tapi saya faham,perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai.. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.. Dalam proses perubahan saya, saya mula sedar Dakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan pada orang tentang kebenaran. Kalau tak.. kita akan dipertanggungjwbkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al- A'raf, surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Selepas itu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan.. adik-adik.. tegur mereka apa sahaja yang mereka buat silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa.. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengn hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. apa lagi..tegur aje lah direct..huhu~

Kemudian satu masa.. saya terbaca tentang couple.. "COUPLE HARAM" Saya tak percaya.. tap bila baca details yang dia bagi.. macam betul pula.. huhu~ tapi biasalah kan.. kalau kite suka satu perkara tu.. kita akan tetap cari alasan untuk meneguhkan pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal perkara tu.. dan teruskan aje hubungan kita.. kita tak buat maksiat.. Kita tak jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang.. cuma saling ambil berat.. tanya khabar.. borak-borak.. Siap bagi tazkirah lagi.. apa yang haramnya dengn benda macam ni kan? huhu~ tak kisahlah..

Masa terus berlalu...masa ni dah nak dekat trial SPM.. lagi tiga minggu kot trial.. entah.. lupalah.. tak catat dalam diary.. sebab saya tak ada diari pun.. huhu.. Dalam masa itu, saya memang rajin ajar-ajar kawan.. Pada masa yg sama bagi tazkirah pada mereka.. Ade yang respect.. ada yang prospek..(pandang slack) Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah balik.. macam-macam la ada kata tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya ‘poyo’ je.. Tapi tak apa.. saya ada tempat mengadu.. huhu~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

‘Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat) Maka tidakkah kamu berpikir?’ (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.. "Selama ini aku asyik tegur orang aje. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade juga dosa-dosa kecil yang masih dilakukan.. macam mana ek?" kemudian terjumpa pula ayat ni..

‘Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.’ (Al-Baqarah ayat 42)

Tetiba saya terfikir satu kritikan kawan.. "Alah kau tu..cakap berasap..gaya alim,tapi couple juga..sama aje kau dengan kami.. tegur orang konon.."

Berfikir sejenak.. Sebenarnya bercouple ini boleh ke tak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu contact perempuan? Dan terkadang rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir.. Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke penang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. Saya harap dengan seminar ini kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. Sebelum pegi seminar itu.. saya still SMS lagi dengan awak.. tanya khabar.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Quran hari ini.. dalam fikiran saya.. "Ini kira dakwah juga la ini.. saling ingat-mngingati.."

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas nak buat apa-apa.. Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham.. tiba-tiba saya tergerak hati untuk berkongsi masalah dengan fasilitator yang ade di situ.. Saya rasa inilah masa yang terbaik nak tanya pendapat dia fasal couple. Tapi saya teragak-agak.. "kalau betullah couple itu salah.. habis, nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Aaah, kenapa fikir macam itu.. tanya aje lah. Kalau tak buat salah kenapa nak takut.."

Lalu saya menghampiri Brother fasilitator tu.. Masa tu dia tengah belek-belek terjemahan Quran dia seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tnya sikit boleh?"

"Em,boleh.. duduklah. Enta nak tanya apa?"

"Er..camni, saya nak tnya sikitt. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ini, saya adalah kenal seorang kawan ini, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa..rapat juga lah. Bukan rapat biasa,tapi rapat la.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata.. mesti dia pandang serong nanti. Saya angguk aje lah. Kemudian saya tanya.. "Sebenarnya.. couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah berfirman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32:

‘Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang, saya tak nampak pun menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. SMS pun tak adalah jiwang karat, selalu bagi tazkirah. Kami selang-seli bagi, hari ini saya, esok dia. Bukan ke baik tu?" Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat enta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ini." Sambil brother tu buka Qurannya, dan tunjuk pada saya ayat ni:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang- orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau enta tengok ayat ini, syaitan telah buat enta pandang indah benda buruk yang enta lakukan. Walaupun enta berpandangan tajam, maksudnya enta berilmu tinggi. Memanglah pada mulanya niat enta baik, tapi ingat, syaitan licik. Dia akan sedaya upaya buat enta terjerumus ke dalam kemaksiatan.."

Saya pun cakaplah.. "Tapi bang, saya dah janji dengan die tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkan ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, enta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Enta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau enta janji tak nak call dia selalu, enta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi.. masih ada zina yg tetap enta tak dapat elak bila bercouple.."

"Zina hati?" Saya mencelah.

"Betul, zina hati. Semua ini lah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya bagaimana menghampiri zina itu. Enta boleh check dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tempat mksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun enta buat, enta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam.. kelu. Tak tahu nak kata apa. Semua yang brother tu kata tak nampak mana yang salahnya. Kemudian dia sambung.. "Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada enta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak graduate. Tapi bila ana sedar pasal ini, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalo nak ikutkan lagi besar masalah ana daripada enta."

"Saya risau lah bang. Nanti ape kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong diorang untuk rapat dengan dia. Sure nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan die sndri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ini. Sebab kami dah rapat sangat" Masa itu saya sudah mula sebak dah. Malu sangat. Menangis depan brother tu cerita pasal perkara ini.

Entah apa-apa. Nasib baik tak ada orang lain tengok masa tu. Brother tu jawab.. "Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka nak buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang enta. Enta tak kurang sikit pun. Lagi pun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalo Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal si dia pula, cuba enta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan enta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia tak akan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekali pun, itu bukan tanggungjwb enta, apa yang enta nak buat itu btul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya sudah tidak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple itu haram.

"Jadi nak buat macam mana bang?"

"Ana dulu, hantar satu SMS aje pada dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. kemudian ana terus tukar nombor. Dia tak contact ana langsung dah lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh contact dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh ke saya contact mereka?"

"Dengan dia ni lain. Enta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan enta satu universiti dengan dia, satu kuliah, pastu kne pula buat group discussion, masa itu enta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner sahaja."

Tiba-tiba saya terfikir.. "Dia ni nak suruh aku clash malam ni juga ke? Sekarang juga? Takkanlah awal sangat?" Saya cakap.. "Saya rasa saya belum ada kekuatan lah bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan baru saya tinggalkan perkara ni?"

Saya agak nak lari lah. Sekali dia jawab..

"Akhi, enta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh diitunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tak akan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan dirinya sendiri, boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, enta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni.. abang-abang di sini pun ramai yang pernah bercouple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak... tak boleh lari lagilah nampaknya.. saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni juga ya. Macam tak larat rasanya nak tekan butang handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup, mari ana tolong tekankan."

"Eh, x apalah bang. Biar saya taip senderi." Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.. "Semuanya dah jelas.. buat ape aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tiggalkan. Bukan aku selalu doa supaya dijauhkn dari maksiat ke..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip SMS tu..

"Assalamualaikum.. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah teruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang sudah berlaku. Kalau ada jodoh in sya Allah, akan bertemu jua. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar mesej itu kepada awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. sebab tu dalam SMS tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga butang [send].kemudian tertera pada skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya.. saya dah hantar satu SMS, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Tak apa, dah tanggungjawab.."

Malam itu saya tidur dengan linangan air mata.. tak sangka.. memang tak disangka.. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya.. Teringat ayat Allah.. surah Al-Baqarah, ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.. Dalam usaha nak lupakan awak.. bukan senang.. tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah..ingatkan orang.. Saya bagi taklim di masjid, cerita pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku... ada kritikan.. ada juga yang setuju.. tapi tak kisahlah semua itu..

Tiba-tiba satu pagi ni.. dapat pula mesej dari awak.. awak bagi gambar bunga.. bawahnya ada ayat..



"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak still tak boleh lupakan saya.. Saya pun fikir.. kena tegaskan rasanya.. kemudian saya hantarlah SMS ini.. Dan rasanya itulah yang terakhir..

"Tiada yang lebih indah drpd mendapat keredhaan ilahi.. seindah manapun gubahan pertama itu, slagi tak mendapat keredhaan-Nya, tetap tak berguna.. Assalamualaikum.. saya tahu dulu saya cakap, kalau ada jodoh, in sya Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu, jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tidak kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yg diredhai..

-Yang Terakhir- "

[send]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ini btul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. takkan..buat selama-lamanya..

Source: http://thetalkingpen.blogspot.com/2008/07/cinta-episod-4.html

Sunday, March 8, 2009

Ku Berlari


Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

Thursday, March 5, 2009

Ini Bukan Isu Bermusim



Sengaja saya letakkan lagu dan video klip di atas buat tatapan anda semua. Sebuah lagu yang sepatutnya mengingatkan dan menaikkan semangat diri anda sama ada anda seorang muslim ataupun manusia yang masih berperikemanusiaan.

Saya cuma ingin mengingatkan supaya anda tidak terikut dengan media massa yang hanya membuat liputan mengenai isu Palestin ini seperti mengikut musim.

Adakah isu ini hanya akan menjadi tajuk utama akhbar dan berita apabila hampir 1300 insan yang tidak berdosa syahid?

Adakah isu ini hanya menjadi perbualan hangat apabila masjid, rumah, dan universiti dibom dan dituduh menjadi tempat "pengganas" bersembunyi?

Apakah bantuan dan kutipan derma hanya akan disalurkan apabila tersiar gambar kanak-kanak yang tidak berdosa yang hanya tinggal kepala tertimbus dalam runtuhan bangunan di siar di muka hadapn akhbar?



Tidakkah anda tahu, ketika anda mula membeli semula produk yang membantu Israel, mereka masih lagi terus mengebom Gaza meskipun mereka katakan tiada lagi peperangan dan rundingan gencatan senjata akan dimulakan?

Tidakkah anda tahu ketika anda sudah mula tidak menghiraukan abang dan kakak kita di Palestin, lebih 50 keluarga berbangsa Arab Palestin ditekan oleh kerajaan haram Israel supaya keluar dari rumah mereka yang sah di Timur Baitulmaqdis?

Bagaimana kita org Islam boleh memandang isu ini bermusim sedangkan Zionis Israel itu tidak pernah "berhenti bekerja"?

Buat Ahmad Nazim Zainudin

Pagi itu sengaja saya bertolak awal ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari bahan bacaan untuk dibawa pulang ke Auckland. Mustahil untuk terjumpa buku-buku seperti Jatuhnya Sebuah Tamadun hasil penulisan Mohamad Nurhakim di bumi Auckland.

Hampir RM200.00 saya habiskan untuk mencari buku pagi itu. Biarlah mahal sedikit dalam mencari ilmu, insyaAllah hasilnya pada diri, priceless.

Ketika sedang membelek buku Umar Al-Khattab, Reformis Dunia Islam, saya teringat akan hari jadi adik saya yang bongsu pada 1 Februari yang lalu. Kerana terlalu sibuk berpraktikal dan menghadiri program pengisian semasa di Malaysia, saya hanya sempat mengucapkan selamat hari jadi padanya melalui telefon.

"Hmmmm, nak beli hadiah apa untuk adik aku ni?" tertanya saya sendirian tengah hari itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

9 Tahun Yang Lalu

Masih teringat saya sembilan tahun yang lalu semasa dia dilahirkan.

"Nak bagi nama apa ni?" tanya ayah.

"Ahmad Nazim!" saya yang ketika itu duduk di sebelah ibu, memberi cadangan.

Ahmad bererti yang terpuji. Nazim, penyajak atau penyair. Nama yang indah untuk bakal pemuda harapan bangsa dan umat.

Salahuddin Al-Ayubi

Orangnya sentiasa ceria dan banyak bertanya. Berbeza dengan saya yang semasa kecil yang menurut ibu, lebih pendiam.




Orangnya sangat meminati Salahuddin Al-Ayubi.

Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya minat untuk menjadikan tokoh Islam yang hebat itu sebagai idola oleh seorang kanak-kanak pada zaman yang mungkin Ultraman, Spiderman, ataupun Batman lebih dikenali.

Moga Muncul Salahuddin Yang Baru


Buku sirah mengenai Salahuddin Al-Ayubi yang berada di atas rak buku kedai itu saya beli dan balut dengan kemas untuk dihadiahkan.

"...sejarah umat Islam ini bukanlah sejarah menang atau kalah, tetapi ianya sejarah perjuangan.."

Along

Pesanan yang ringkas saya tulis dihadapan buku.

InsyaAllah suatu hari nanti dia akan faham apa yang saya pesankan.

Saya hanya mampu berdoa supaya akan lahir bukan hanya seorang, tetapi berjuta Salahuddin Al-Ayubi yang baru. Yang akan membantu dan membela umat ini. Yang akan suatu hari mampu membebaskan bumi Palestin dan menyatukan umat Islam.

Pada saya, kanak-kanak ini perlu dibentuk dari kecil supaya mereka tidak leka dan lalai. Tahu akan cabaran dan tanggungjawab besar yang bakal menanti. Bukan hanya dididik untuk berfoya-foya dan hidup tiada tujuan.

Sebelum terlupa, Selamat Hari Jadi Ajim!







Wednesday, February 18, 2009

Fitrah Insan




Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica

Tuesday, February 17, 2009

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

6.30 petang.

Tersenyum saya sendirian di dalam kereta kerana rekod baru sampai rumah telah tercipta.

Dengan keadaan jalan yang teruk dan ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang sesak dari Banting ke Shah Alam, menyebabkan saya selalu sampai rumah hampir pukul 7 malam dari tempat kerja, Toshiba Electronics Malaysia (TEM) Sdn. Bhd.

Peluang pulang awal hari itu membolehkan saya berehat melepaskan penat di rumah dan bersiap ke surau untuk solat berjemaah maghrib dan isyak.

Peningkatan

Keadaan di surau berhampiran rumah saya pada kali ini jauh berbeza dengan keadaan dahulu.

Semakin ramai yang datang untuk solat berjemaah bersama dan yang paling membanggakan, sebahagian penuh jemaah ialah anak muda yang seumur dengan saya.

Baguslah.

Pelik tapi benar

Selesai solat maghrib, saya pulang dahulu ke rumah untuk makan malam.

Saya kembali semula ke surau ketika hampir masuk waktu isyak. Sampai sahaja di surau, rupanya jemaah masih belum solat isyak kerana ada ceramah.

Saya juga turut duduk mendengar dari hujung dewan solat.

Ceramahnya berkenaan isu Gaza.

Awal ceramah sangat bagus kerana menceritakan keadaan umat Islam masa kini yang ditindas seluruh dunia. Bagaimana umat Islam perlu sedar bukan sahaja dari isu di Gaza tetapi di tempat lain dimana umat Islam ditindas.

Bersemangat saya mendengarnya.

Kemudian nada penceramaha tadi berubah. Tiba-tiba sahaja terkeluar kata-kata kesat dari mulut beliau menghentam orang dari parti politik lain ditengah-tengah dia sedang menyampaikan ceramah mengenai isu umat islam.

Dari bersemangat saya terus kecewa.

Saya kecewa kerana sebagai penceramah anda tidak seharusnya mengutuk orang lain dan mengeluarkan kata-kata kesat memaki orang lain dalam menyampaikan mesej-mesej islam.

Sudahlah anda membawa imej buruk pada islam dengan berserban dan berjubah.

Saya mungkin tidak mempunyai kelulusan dari Al-Azhar, cuma seorang pemuda yang sedang menuntut di New Zealand.

Saya mungkin seorang yang sekolahnya bukan sekolah agama atau sekolah pondok, cuma seorang yang hanya datang dari sebuah sekolah sekular yang dibina atas idea pendidikan Inggeris.

Saya mungkin tidak mempunyai kelulusan dalam bidang syariah atau agama, hanya seorang penuntut tahun ketiga mechanical engineering.

Tetapi dalam isu beradab dalam menyampaikan mesej yang baik pada orang ramai, saya rasa anda hanya perlu berfikir dengan logik akal. Tidak perlu kelulusan tinggi dalam agama dalam isu ini kerana ia adalah isu asas dalam akhlak orang islam.

Pelik saya lihat sesetengah parti politik di Malaysia yang sentiasa berhujah membawa mesej Islam tetapi dalam masa yang sama anda memaki hamun dan mencerca orang lain ketika sedang berceramah isu Palestin.

Jangan kerana aliran dan tujuan politik berbeza, maruah anda tergadai. Lebih-lebih lagi imej orang islam yang akan di pandang serong oleh orang lain.

Cuba anda bayangkan, kalau Rasulullah SAW ada dihadapan penceramah tadi, yang memaki hamun orang lain ketika sedang berceramah isu masalah umat islam, adakah baginda akan setuju dengan cara penceramah tadi?



Monday, January 19, 2009

Song For Gaza



We Will Not Go Down

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

(Song and Lyrics: Michael Hearts)